Rabu, 29 September 2010

SEJARAH STPM PERANG INGERIS-CHINA 1

Perang Inggeris – China Pertama 1839-42




Perang ini juga dikenali sebagi Perang Candu Pertama dan merupakan titik peralihan yang penting dalam sejarah moden negara China. Perang ini telah membuka negara China kepada barat bahkan menandakan kemerosotan Dinasti Manchu. Secara keseluruhannya, perang Inggeris – China yang pertama adalah disebabkan oleh pertembungan dua kebudayaan yang bertentangan.



Sebab-sebab peperangan

1. Sekatan-sekatan kerajaan China ke atas perdagangan asing

Menurut ahli sejarah Christopher Hibbert dan Kenneth Scott Latourette berpendapat bahawa sebab terpenting bagi perletusan perang ini ialah sekatan-sekatan China ke atas perdagangan asing.Kerajaan China mengamalkan dasar anti perdagangan dengan negara Barat memandangkan ia dapat memenuhi segala keperluannya dan pertanian merupakan sumber ekonominya yang utama.



Malahan perdagangan ini dianggap sebagai kegiatan hina. Keperluan bahan mentah oleh barat yang banyak didapati dari China, dan sekatan-sekatan itu telah mengakibatkan ketidakpuasan di kalangan orang barat terutamanya pihak Inggeris.
Inggeris ingin memperluaskan perdagangan kebahagian lain China. Mereka ingin berdagang secara bebas dan mendapatkan harga barang yang berpatutan tetapi kehendak-kehendak mereka diperlekehkan oalh China. Jesteru itu, peperangan tidak dapat dielakkan.

2. Keengganan China mengadakan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf

Sistem hubungan antarabangsa China dan Barat juga bertentangan. China menganggap dirinya ‘pusat dunia yang bertamadun’ dan maharaja mereka adalah pemerintah universal. China anggap orang barat barbarians atau hantu asing yang bertaraf rendah. Barat juga dianggap sebagai masyarakat Kuno yang kurang bertamadun.



3. Undang-undang Cina dianggap kejam dan tidak adil

Orang barat menganggap undang-undang China tidak adil dan terlalu kejam. Kematian Lady Hughes dari pihak Inggeris dan Lin Wei-hsi dari China dan kerana pertentangan undang-undang mengakibatkan ketegangan hubungan kedua-duanya

4. Kemasukan Candu

Orang Inggeris telah membawa dengan banyaknya candu ke negara China. Antara tahun 1821-39, sejumlah 4244 peti candu diimport kepada 40200 peti. Implikasinya imbangan perdagangan yang tidak menguntungkan China. Nilai candu yang diimport melebihi segala nilai eksport China. Candu juga telah mengakibatkan aliran keluar perak yang menjejaskan ekonomi China. Candu juga mengakibatkan keruntuhan sosial ramai pegawai kerajaan dan muda-mudinya.

Pada 18 Mac 1839, Lin Tse-hsu mengeluarkan perintah yang meminta orang asing menyerahkan semua candu kepada kerajaan China dan tidak membawanya lagi. Kapten Echarles Elliot telah menyerahkan sebanyak 20283 buah peti candu kepada kerajaan China dan kemudiannya dimusnahkan.
Akibatnya kapten Elliot telah menyerang Chuenpi pada november 1839 dan dengan candu ini, Inggeris istiharkan peperangan ke atas China. Candu hanya merupakan barang perniagaan yang mengakibatkan perletusan perang Inggeris-China pertama. Dalam kata-kata W. E Soothill, “opium was the accidental cause”.




Perjanjian Nanking (1842)

Syarat-syarat Perjanjian Nanking

1.Negara China terpaksa menyerahkan Hongkong kepada British dan menghapuskan sistem monopoli perdagangan Co-hong.

2. Lima buah pelabuhan dibuka kepada perdagangan asing, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo dan Shnaghai.


Pelabuhan Canton

3.Pegawai-pegawai konsular akan ditempatkan di pelabuhan-pelabuhan tersebut.

4.Cukai-cukai yang sedarhana dikenakan ke atas import dan eksport.

5.China dikenakan membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael untuk membiayai kerugian pihak British semasa peperangan Inggeris-China yang pertama




Lantaran dari temeterainya perjanjian Nanking ini, banyak implikasinya keatas China sendiri. Di sinilah bermula campur tangan Barat China ke atas politik China secara tidak langsung. China terpaksa tunduk kepada Barat dan menerima hakikat membuka perdagangan bebas kepada asing.



China juga terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian dengan kuasa Barat yang lain. China terpaksa melupuskan Dasar Tutup Pintu yang telah dijunjung setelah sekian lamanya. Kesimpulannya, perjanjian Nanking banyak mendatangkan kerugian kepada China sendiri dan membuahkan hasil yang banyak terhadap pihak British

Isnin, 27 September 2010

hidup di dunia ibarat seorang perantau

KEHIDUPAN DI DUNIA IBARAT SEORANG PERANTAU
Sabda Rasulullah s.a.w :
عَنْ عَبْدِ الِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ الُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ الِ صَلَّى الُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي
فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَ
تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ
لِمَوْتِكَ.
رواه البخارى
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang
bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila
kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada
pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa
kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
1. Intisari:
Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan. Hidup
yang kekal abadi hanyalah di akhirat nanti. Kehidupan kita ibarat kehidupan seorang perantau yang
singgah di tempat persinggahannya untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya yang masihjauh.
Kita hendaklah mengambil peluang semasa kita masih sihat dan masih hidup untuk mengumpul
bekalan akhirat. Sebagai seorang Muslim, kita mestilah menghargai masa dan tidak melengahlengahkan
urusan yang baik.
2. Kehidupan Di Dunia Adalah Sementara
· Tempoh kehidupan di dunia terlalu singkat berbanding di alam akhirat yang kekal abadi.
· Dunia merupakan tempat manusia mencari bekalan untuk hari akhirat.
· Antara bekalan atau amalan tersebut ialah seperti ilmu, ibadat, sedekah jariah, dan seumpamanya.
· Manusia tidak wajar leka dengan keseronokan di dunia hingga melupakan kehidupan akhirat yang
lebih berharga.
· Kedudukan manusia sama seperti seorang perantau yang tidak boleh leka dengan keseronokan di
tempat persinggahannya hingga lupa kepada destinasi yang masih jauh.
3. Teknik Pengurusan Masa Yang Efektif
Pengurusan masa secara efektif boleh dilakukan dengan melaksanakan langkah-langkah berikut:
a. merancang penggunaan masa:
 kita mestilah memperuntukkan masa untuk bersolat, membaca buku, mengulang kaji
pelajaran, menyelesaikan kerja rumah, membantu ibu bapa, beriadah dan berehat.
 kita wajib menjauhi aktiviti-aktiviti tidak berfaedah seperti melepak dan berpeleseran.
 untuk menjadikan pengurusan lebih efektif dan sistematik, hendaklah menyediakan jadual
waktu yang tersusun.
b. mengurus masa dengan bijak:
 kita mestilah menggunakan waktu dengan perkara-perkara yang berfaedah
 semasa berada di dalam kenderaaan atau perhentian bas umpamanya kita boleh membaca
buku, nota, akhbar, bacaan lain yang berfaedah.
 jika kita tidak menggunakan waktu tersebut dengan sebaiknya kita akan menghadapi
kerugian.
c. menentukan wawasan hidup:
 menentukan wawasan hidup adalah perkara penting kerana ianya menentukan matlamat
dalam kehidupan kita.
 orang yang tidak berwawasan akan membuang masanya tanpa sebarang matlamat dan
tujuan.
 dengan wawasan, kita akan mendisiplinkan diri kita dan menggunakan semula kualiti
penggunaan masa yang telah kita lalui.
 untuk mengukur pencapaian wawasan kita hendaklah menggunakan diari merekodkan
aktiviti harian kita.
 pengurusan masa secara efektif adalah faktor terpenting kejayaan tokoh-tokoh dunia.
4. Keburukan Menangguhkan Sesuatu Urusan
1. Orang yang menangguhkan sesuatu urusan akan memberi kesan negatif kepada diri,
masyarakat,dan negara.
2. Antara kesan negatif menangguhkan sesuatu urusan ialah:
a. hidup dalam keadaan resah dan gelisah kerana menghadapi tekanan daripada majikan
b. hasil kerja yang diperoleh tidak berkualiti dan akan menjejaskan nama syarikat dan
sebagainya
c. produktiviti sesebuah syarikat akan menurun. Ini akan menjejaskan ekonomi sesebuah
negara
d. pembangunan sesebuah negara akan berjalan dengan perlahan. Ini akan menyebabkan
negara ketinggalan dalam arus perdana dunia

IGATLAH WAHAI MANUSIA!!!!!!!!!!!